Friday, 5 August 2016

Kerap kali aku berfikir, masih samakah persaan sayangmu itu padaku.
Aku juga manusia yang punya hati dan perasaan.
Mengapa kau seringkali melukai hati dan perasaanku ini?
Apa bagi kau ini erti cinta yang sebenar?
Sungguh! aku benar-benar terluka.
Aku anggap kau berbeza dengan perempuan-perempuan lain yang aku pernah temui.
yang tahu erti menghargai.
Kita masing-masing sudah matang, sudah hampir ke peringkat dewasa.
Tidakkah engkau serius dalam perhubungan ini?
Jadi apa ertinya kebahagiaan kau beri dalam hidupku ini?
atau kau hanya ingin singgah sebentar sahaja lalu pergi buat selamanya?

Sekian lama aku menutup pintu hati ini.
Begitu rapi aku jaga hati ini dicemari rasa cinta yang palsu,
Namun, kehadiranmu telah mengubah segalanya.
Pintu hati ini aku buka untukmu,
Hati yang kosong dan tandus,
Kau warnainya dengan warna-warna indah
Kau tanamkan kasih sayangmu yang mekar subur dalam hatiku ini.

Namun, kau berubah sekelip mata,
Kau lukakan hatiku ini,
Kau bukan lagi seperti dahulu,
Sayang, mengapa kau jadi begini?
Apa aku tidak cukup baik untukmu?
Aku sedar yang aku tidak sempurna untukmu
Aku juga tidak layak untukmu
Meskipun begitu, aku berusaha menjadi terbaik untukmu
Jangan lah kau permainkan perasaanku ini.

Begitu kejam dirimu,
Sengaja menghancurkan hati ini.
Hati yang dipenuhi cintamu.
Kau rentap segunung pengharapanku

Meski kita tidak lagi seperti dulu,
Perasaan dan cinta yang suci ini,
benar-benar ikhlas untukmu,

Jaga lah diri wahai cinta hati,
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu,
kerana cinta itu bagiku
adalah melihat orang yang tersayang bahagia.

Jujur aku cinta padamu.


yang mencintaimu,
AS