Kehidupan waktu sekolah 2000~2013
2000 - Aku bersekolah di tadika asuhan Islam. . .dan menjadi murid cemerlang, kehidupanku seperti kanak-kanak normal yang lain, mempunya sahabat, bermain bola sepak, berbasikal. . .kucing merupakan haiwan yg aku paling suka sejak kecil. Namun, pada tahun 2006 ini aku kehilangan org yg paling aku sayang iaitu nenek aku.
2001 - Aku memulakan sekolah darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda, sekolah ini berada jauh dari rumahku. Kawan-kawan ku yg tadika bersamaku tidak bersekolah di situ, aku tidak lagi belajar dan membesar bersama mereka. . .namun, aku bersekolah agama pada waktu petang, sekolah tersebut berhampiran dgn rumahku, aku sgt seronok apabila berjumpa kawan2 ku di samping belajar agama. . .
2002 - Aku belajar dan berjaya menduduki kelas pertama kerana aku mendapat keputusan yg baik semasa darjah 1. Aku juga meneruskan belajar di sekolah agama pada waktu petang. Sahabat yg setia bersamaku bernama Haikal, sejak tadika kami berkawan. . .bersahabat. . .aku sgt rindu pada waktu ni. Aku bersikap baik semasa berada di tahun 2 dan aku akan dilantik menjadi pengawas semasa tahun 3. . .namun. . .itu semua tidak berkesampaian. . .kerana aku berpindah ke sabah pada tahun 2003.
2003 - Aku memulakan hidup baru di sandakan, sabah. . .aku sgt sedih kerana berpisah dgn sahabat2 ku, pada mulanya agak janggal tinggal di sana kerana komunikasi, dan suasana yg berbeza. Di sana aku tidak lagi menjalani kehidupan seperti normal. . .aku tidak mempunyai kawan, tidak lagi bermain bola sepak. . .
No comments:
Post a Comment